top of page

Car Rental Information
owned by MSZ SUCCESS GLOBAL RESOURCES

Terma & Syarat

  1. Umur minima bagi pemandu adalah 21 Tahun.

  2. Setiap pemandu wajib mempunyai Lesen Memandu Malaysia Kelas D Full yang sah dan Terkini.

  3. Pemandu Dilarang Sama Sekali Daripada Melakukan Sebarang Kegiatan Jenayah atau melanggar Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan Polis akan dibuat jika Ingkar.

  4. Sebarang Kerosakan atau Kecacatan yang terdapat pada sebarang bahagian dalaman dan luaran kenderaan yang disewa semasa di dalam tempoh sewaan akan dikenakan Caj RM50.00(minimum) – RM2,500.00(maksimum) kepada penyewa. Syarikat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada penyewa yang Ingkar dan laporan Polis akan dibuat.

  5. Penyewa tidak dibenarkan sama sekali Menukar atau Mengambil Sebarang Alat Ganti Kereta yang disewa. Laporan polis akan dibuat jika Ingkar.

  6. Sebarang Saman atau Kompaun Daripada Pihak Berkuasa adalah Tanggungjawab Pemandu sepanjang tempoh sewaaan berjalan.

  7. Syarikat Tidak Menyediakan Tempoh Sewaan Mengikut Jam dan Separuh Hari.

  8. Tempoh sewaan adalah mengikut pakej homestay yang dipilih sahaja. Sila rujuk maklumat berkenaan di page PACKAGE.

  9. Waktu penyerahan kereta adalah mengikut kepada waktu Daftar Masuk dan Daftar Keluar Temek Homestay sahaja.

  10. Sebarang tempahan kereta perlu disertakan dengan Deposit RM100.00.

  11. Pihak kami hanya akan membuat ‘Reservation’ kereta setelah menerima Deposit sahaja.

  12. Sebarang Pembatalan Tempahan akan menyebabkan Deposit anda hangus.

  13. Setiap Deposit yang diterima daripada pelanggan akan Dikembalikan dalam masa Empat(4) hari bermula dari tarikh pemulangan kereta.

  14. Tiada sebarang perubahan tempoh sewa boleh dibuat sepanjang sewaan berjalan. Pelanggan boleh memilih tempoh sewaan baru selepas sewaan semasa tamat.

  15. Penghantaran/pengambilan kereta adalah di Temek Homestay sahaja. Luar daripada kawasan tersebut tidak akan dilakukan.

  16. Lain-lain terma dan syarat yang difikirkan perlu oleh pihak syarikat Tanpa Sebarang Notis.

Deposit

Pelanggan perlu membuat deposit RM100.00 untuk tempahan kereta. Deposit RM100.00 ini akan dipulangkan empat(4) hari dari tarikh pemulangan kereta untuk tujuan semakan saman pihak berkuasa tempatan, polis, jpj(jika ada). Slip pembayaran deposit ini perlu dihantar melalui whatsapp kepada kakitangan bertugas untuk tujuan rekod kami.

Dokumen

Pelajar

  1. Salinan kad pengenalan.

  2. Salinan lesen.

  3. Salinan kad pelajar.

Bekerja

  1. Salinan kad pengenalan.

  2. Salinan lesen.

  3. Salinan bil elektrik atau astro kediaman(terbaru).

  4. Salinan id kerja/pas kerja/kad perniagaan atau slip gaji(terbaru).

Saga BLM bt_edited.png
bottom of page